Thursday, November 25, 2010

Muhammad Aqil Muhtadi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi pada 23112010, isteriku telah selamat melahirkan putera sulung kami di MH Penang pada jam 0237 Hrs dengan berat 2.7 Kg...Alhamdulillah segala pujian padamu ya Allah kerana isteri dan putera kami selamat dan cukup sifat lah hendaknya. Kami sepakat menamakan putera sulung kami dengan nama Muhammad Aqil Muhtadi yang bermaksud Terpuji, Bijak dan Beroleh Hidayah....Alhamdulillah sepanjang dari mengandungkan Aqil hingga saat dilahirkan, Aqil merupakan anak yang penuh rahmat....Saat putera kami dilahirkan didunia ini, Allah sahaja mengetahui betapa gembiranya hatiku melihat teriakan suaranya ke dunia ini...Aku berasa sungguh terharu melihat proses Aqil keluar dari perut ibunya sehingga hatiku terdetik kenapa seorang ibu sanggup buang bayi yang tak berdosa seperti kejadian yang banyak berlaku pada masa kini...

Aqil,
Kami merasa bangga dengan kehadirannya yang penuh makna dan memberi sinar bahagia dalam kehidupan kami sekeluarga..Terima Kasih Ya Allah...Alhamdullah...









No comments:

Post a Comment